Entah kenapa, sakit sangat perut ni. Saya tak tahan. Hari ini terpaksa mc. Rasa risau untuk ke klinik biasa saya pilih untuk pergi ke klinik kesihatan Semenyih.
Alhamdulillah, dapat doktor perempuan yang baik. Doktor memeriksa saya dengan teliti.
"Puan, kandungan puan tak ada heartbeat. Saya rujuk puan ke Hospital Kajang. Puan perlu jumpa gyne . Kena scan dari bawah. Sebab kita tengok air kencing puan semua clear. Tiada sebarang jangkitan. Kita risau kandungan puan mungkin bermasalah"
Doktor menyediakan surat untuk saya bawa ke Hospital Kajang.
Tiba di hospital Kajang pukul 11.
Saya daftar di kaunter pendaftaran. Memandangkan kes saya kes bukan cemas. Saya pun bukan sakit sangat. Saya perlu menunggu lebih dari 30 minit.
Berpinar-pinar mata saya. Sakit perut, sakit pinggang seua ada. Akhirnya pukul 2 nama saya dipanggil untuk pemeriksaan. Doktor baca refer leter dan tanya saya serba sedikit tentang kesakitan.
Tiba masa untuk scan...
Mulut doktor tak berheti-henti membebel dengan bebelan halus. Saya sakit, saya tak nak bagi perhatian terhadap bebelannya. Namun boleh saya simpulkan, nak on scan adalah benda yang membebankan dr muda dan comel ini.
Scan diletakkan ke perut saya..cup cap...cep cap...mulut dortor mengecap-ngecap seperti ada masalah besar.
"Puan, puan betul mengandung ke ni?" tanya doktor tersebut dengan kasar.
"Saya dah dua kali buat UPT di klinik dan doktor sahkan positif. Di Semenyih tadi pun ada buat ujian air kencing..."
"Tapi dia tak cakap pun ada buat ujian air kencing," pintas doktor comel dengan nada yang kurang manja.
Dalam hati saya kehairanan. Doktor di klinik kesihatan Semenyih refer untuk saya buat vaginal scan kerana fetus saya tak ada heart beat. Adakah doktor comel di hospital Kajang ini fikir doktor di klinik Semenyih akan refer orang yang tak mengandung untuk buat scan.
Apa pun saya menurut sahaja kata doktor tersebut. Saya sangat sakit. Saya ingin di rawat, dan saya bukan doktor.
Selepas meyerahkan sample air kencing saya menunggu. Risau pula saya nak tinggal, saya tak makan tengahhari malah tidak solat Zohor. Sakit masih berdenyut-denyut.
Menjelang pukul 4, saya rasa saya patut pergi solat Zohor. Biarlah nombor terlepas pun, kalau terlepas solat lagi haru. Saya ke surau untuk tunaikan solat Zohor. Badan sangat sakit, kalau berulang alik bertambah sakit. Saya putuskan untuk menunggu solat Asar.
Selepas solat saya kembali menunggu. Saya melihat beberapa orang sebelum saya masih menunggu. Saya yakin nombor saya sebelum dipanggil.
Pukul 5.20 saya masih belum dipanggil. Saya mengambil keputusan untuk mengetuk bilik doktor. Kali ini tempat tersebut telah bertukar doktor lelaki saya kurang selesa. Dengan suara yang paling lembut dan sayu saya menerangkan saya elah menyerahkan sample air kencing pada pukul 2.13 minit. Saya bertanya adakah keputusan air kencing saya masih belum siap, dan kemungkinan berapa lama proses tersebut akan mengambil masa. Doktor mencari-cari rekod saya, sekilas saya pandang slip dari makmal.
"Puan, kita masih menunggu keputusan dari makmal" ucap doktor seperti skrip yang dilatih "Nanti apabila keputusan siap kita panggil" . Saya membaca doa pelembut hati, hembus pada doktor dan ucap terima kasih.
Belum sempat saya duduk, nombor saya dipanggil.
"Puan, puan mengandung ye puan?" soalan pertama dari doktor lelaki. Saya semakin kurang selesa.
"Ya" jawab saya ringkas.
"Macam mana puan tahu puan mengandung?" soalan yang lagi pelik pada fikiran saya.
"Saya buat UPT di klinik, ujian tersebut positif, doktor sahkan saya mengandung" terang saya.
"Puan buat di mana tu puan?" tanya doktor lagi
"Saya buat di klinik swasta. Pagi tadi saya buat di Klinik Kesihatan Semenyih, UPT positif, malah doktor scan, ada fetus namun tak ada heart beat. Sebab itu saya disuruh ke sini" terang saya
"Tadi saya disuruh serah sample urin, ada buat UPT ke" tanya saya kembali.
"Tak kita tak buat UPT" jelas doktor.
"Jadi apa status kandungan saya?" sayamula tidak sabar.
"Erm...erm...tadi scan tadi puan boeh nampak kan" soal doktor...sebenarnya waktu itu saya rasa sangat marah. Saya meggunakan kemahiran menjadi guru dikelas belakang sebaik mungkin.
"Saya tak pasti, doktor tersebut tak tunjuk apa-apa kepada saya. Dan dia tidak menjelas
kan apa-apa tentang kandungan. Dia hanya arahkan saya buat ujian air kencing. Ada apa-apa report tentang scan doktor"
"Erm..erm...disini dia cakap...memang..memang puan mengandung. Ada fetus, cuma tak ada heartbeat"
Saa melihat dia membaca laporan dari klinik Semenyih.
"Jadi" pintas saya. saya ada juga berhajat nak bertanya tentang vaginal scan yang doktor Semeyih cadangkan. Memandangkan jam sudah lebih 5.30 saya sudah penat menunggu.
"Tak ada heartbeat la puan, itu biasa puan, kandungan puan berapa minggu sekarang. "
"11 minggu"
"11 minggu...oo patutlah 11 minggu belum ada heartbeat lagi puan" balas doktor dengan yakin.
Sepanjang pengetahuan saya 6 minggu ada heartbeat. Namun saya bukan doktor.
"Bila fetus tu akan ada heartbeat?" soal saya.
"Normalnya 14 atau 15 minggu puan. Jadi puan kena scan lagi sekali lagi 3 atau 4 minggu ye puan" jelas doktor yang bijak.
"Scan dekat mana" saya ingin tahu kalau-kalau ada appoinmen seterusnya.
"Scan kat mana-mana la puan, kandungan puan normal tak ada masalah apa."
"Sakit saya ni doktor?"
"Itu sebab kencing kotor puan, saya akan bagi puan ubat, antibiotik dan ubat tahan sakit"
Saya dah betul-betul malas. Saya ingin tamatkan.
"Baiklah doktor. Doktor hari ni saya cuti" Memang saya cuti, saya sakit, sepatutnya saya berehat di rumah..namun saya masih di sini.
"Cuti apa" soal doktor kurang faham.
"Saya takpergi kerja doktor"
"Ok, nanti saya bagi time slip" saya nak tergelak, namun saya perlu tahan.
"Doktor, sekarag sudah lebih pukul 5 setengah. Saya datang sini pukul 11, saya pergi klinik Semenyih pukul 9. Saya sudah menunggu untuk rawatan melebihi 4 jam, time slip hanya valid untuk kurang dari 4 jam"
"Ok saya bg mc" jawab doktor dengan muka tak indah
Sebelum keluar, terasa nakal pula saya, sebab saya sangat yakin, doktor ini tak ada sebarag maklumat tentang menguruskan kandungan. Malah saya juga ada terfikir, doktor ini fikir saya tidak mengandung pun, malah dia tak ingi terfikir sedikit pun bahawa saya sedang mengandung.
"Doctor, im so curious, why you keep asking me is either im pregnant or not" doktor terdiam.
"Erm, puan dah buat kad mengandung"
Sepatutnya saya menjawab, "Belum, saya tak boleh buat kad mengandung kerana dah kesan fetus tak ada heart beat. Jadi saya perlukan pengesahan dr gyne barulah klinik ibu akan buka kad untuk saya"
Namun saya jawab "belum"
"Tu la, sepatutnya puan buat kad mengandung, sbb dah 11 minggu. Tp puan puan belum buat, sbb tu saya tanya betul ke puan mengandung. Nanti puan pergi buat kad ye puan"
Terima kasih doktor.
Saya habiskan sehari dalam kesakitan di hospital Kajang dan pulang dengan tanya tanda.