Thursday, 19 March 2015

Un Vaccinated

Banyak sangat yang kita baca hari ini tentang soalan anak saya tak vaksin, dia boleh dapat demam tak? Anak yang tak vaksin boleh dijangkiti campak tak? Akan sihat tak?



Gambar yang saya sertakan ini satu perumpamaan, kedudukan vaksin dalam kesihatan. Ini adalah ilistrusi pemikiran orang awam. apa yang saya tulis ini adalah sepatutnya pemahaman orang awam terhadap vaksin. Pakar mungkin ada cara berbeza untuk menerangkan.

Sebenarnya vaksin tidak menjamin badan anda imun. Tak vaksin juga tidak menunjukkan bahawa anda tidak imun.

Jadi soal boleh kena penyakit atau tak kena penyakit adalah soal
1)Adakah kuman sudah menyerang kita?
2)Bagaimana reaksi badan terhadap kuman?

Jadi, "saya tak vaksin anak, adakah anak saya akan sakit itu ini" adalah soalan yang tidak SAH kerana premisnya tidak berkaitan.
Soalan itu umpama "Saya tak berenang, adakah saya akan gemuk?" kan dua benda yang tak berkaitan antara berenang dengan gemuk, walaupun salah satu cara untuk menguruskan badan adalah berenang.

Sebenarnya tidak ada satu mekanisma didunia ini yang menjamin anda akan imun.

Namun, ada beberapa hadith yang boleh anda baca dan perhatikan

Hadis-hadis Nabi tentang HABBATUS SAUDA'

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". (Riwayat Bukhari)

Daripada Buraidah katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Pada HABBATUS SAUDA' terdapat ubat segala penyakit kecuali mati".

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadis-hadis sahih no. 1819.

Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Pada HABBATUS SAUDA" terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut".

Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari (10:118-119);Muslim(7:25);Ibnu Majah(2:342);Termizi(2:3 pada edisi Bulaq);dan Ahmad(2:241) menerusi riwayat Sufyan bin `Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.

Nabi jamin Habatussauda mengelakkan kita dari mendapat sebarang penyakit. Sebagai orang yang beriman kepada nabi, kita kena yakin bahawa habatussauda boleh menjadikan badan kita imun terhadap penyakit.

Namun harus kita ingat, setiap penyakit itu bukan semata-mata penyakit. Nabi juga "kesakitan" selepas menerima wakyu pertama, badanya menggeletar sehingga baginda perlu berselimut. Itu kesan ilmu terhadap badan. Jadi sekiranya anak anda demam sewaktu membesar, mungkin itu bukan kerana kuman..namun kerana menerima ilmu yang baharu.

My point is, vaccine in one thing, immune is another, so STOP ASKING am i getting sick due to unvaccinated?

Find your own way to be immunised..as muslim.. i believe reading Al Mathurat is one of my immunisation...tho.. not vaccinated yet..immune!!!

5 Kelebihan anak "Limited Edition"

Kenapa agaknya anakku yang seorang ini lain dari yang lain?

Ibu, yang ni "Limited Edition"..memang lain dari yang lain. Bersyukurlah kerana di kurniakan anak limited edition ni kerana

1) Customised

Tanyalah kedai mana-mana pun, customised satu barangan mesti memerlukan kos tambahan. Namun kita dapat secara percuma sahaja. Janganlah berkira jika terpaksa melebihkan peruntukan untuk 'maintenance' benda yang customed made orang kata. Soalnya, kenapa tiba-tiba yang ini seorang customised pula? Itulah kasih sayang Allah untuk kita.

2) Learning Aided Tool

Bayangkan ibu memang dah ada rutin yang tetap, untuk semua anak ibu macam inilah manual kerjanya. Percayalah, pengalaman ibu tidak meningkat. Pengetahuan ibu pun tak bertambah. Untuk menambah pengetahuan ibu, maka Allah memberikan alat bantuan untuk ibu belajar menjadi lebih bijak, lebih pandai dan lebih hebat.

3) Rare

Anak ibu memang "rare". Orang lain memang tak ada yang macam tu. Ibu bertuah! Sangat bertuah.

4) Manfaat Syurga

Allah tahu ibu mahu masuk syurga. Menjaga anak yang limited edition memberi peluang ibu dapat masuk syurga dengan lebih mudah.

5)  Hiburan.

Anak limited edition ni lain dari yang lain. Penuh dengan segala akal yang lain dari orang lain. Senyumlah ibu!

Hargai anak limited edition anda!

Tuesday, 17 March 2015

Minggu ke 12: Bertemu dengan "Doktor"

Minggu lepas dah bertemu dengan seorang doktor( dua sebenarnya) kerana fetus saya tak ada heart beat. Kata doktor tersebut itu normal, katanya fetus akn mempunyai heart beat pada minggu-14.

Semasa saya tingkatan 5, saya diberitahu, pada minggu ke 6, heart beat sudah boleh dikesan. Namun itu pembelajaran TINGKATAN 5, saya tidak pertikaikan pengetahuan DOKTOR tersebut.

Hati saya tidak selesa. Tidak mungkin tak ada heart beat kalau kandungan ini norma. Ditambah dalam keadaan saya sering sakit. Tak mungkin. Pada waktu malam, saya tak dapat tidur dengan nyenyak, kesihatan saya terganggu.

Hari ini sekali lagi saya sakit. Suami out station.Saya tak berani nak memandu ke Puchong. Jadi saya ambil keputusan untuk tidak pergi sekolah. Mungkin saya tunggu suami saya balik. Namun kesakitan senakin kuat, Saya cuba memandu, sampai di klinik desa Sg lalang, Saya mencuba nasib jika ada doktor di sana. Namun, nasib saya kurang baik, saya tidak boleh dibantu di situ.

Dalam keadaan sakit, saya memimpin Iman dan Fitri ke kereta. Saya cuba sedaya upaya untuk memandu, kesakitan menjadi-jadi. Saya memandu semakin perlahan, kereta-kereta di belakang mula hon saya. saya on hazard light.

Saya terus memandu di tepi-tepi jalan  dengan perlahan...hampir tayar kereta tidak berpusing..meter memang tak bergerak..tnamun  saya yakin kereta saya masih ada pergerakan.

Tiba-tiba ada lelaki India menyuruh saya berhentikan kereta, saya pun berhentikan kereta di tepi jalan. Turunkan cermin. Dia bertanya. Saya memberitahu saya sedang sakit, dan suami saya berada di Melaka. Saya memberitahunya saya sedang mengandung.

Baru saya perasan, saya berhenti dihadapan satu kedai makan India. Lelaki tadi memanggil seorang kakak berbangsa India juga. Kakak tersebut bertanya dan saya bercerita tentang keadaan saya. Kakak itu menyuruh lelaki India tadi membawa saya ke klinik. Saya pun menyerahkan kunci kereta dan memberitahu saya ingin ke Klinik An Nisa Semenyih.

Di Klinik An Niza Dr Azah menulis surat rujukan untuk saya ke Hospital Kajang. Pengalaman berjumpa doktor lelaki minggu lepas buat hati sedikit risau, namun dalam keadaan yang amat sakit, saya ikut sahaja, dalam hati, Ya Allah, temukan saya dengan dengan doktor perempuan.

Sewaktu menunggu, saya perhatikan dalam bilik yang bakal saya masuk. Doktor lelaki...saya rasa makin lesu. Iman dan Fitri bermain-main di sebelah, lelaki India tadi setia menemani saya.

Saya menunggu, hingga terlena. Saya minta lelaki India tersebut balik setelah saya terjaga pukul 1.30, saya serahkan kunci kereta saya kepadanya. saya minta nombor telefon nanti setelah semuanya selesai saya akan telefon dia semula.

Lebih kurang pukul 2 nombor saya dipanggil, saya masuk...DOKTOR PEREMPUAN!!!! Tiba-tiba sakit saya hilang!!

Saya bawa dua orang anak saya masuk. Doktor bertanya kalau2 saya boleh tinggalkan anak saya di luar, saya menceritakan keadaan saya sehingga saya dihantar ke hospital olaeh seorang lelaki India. doktor tersebut mengusap kepala Fitri.

"Sayang gi duduk dalam sana, jaga mama sampai doktor datang tahu" katanya kepada Fitri sambil mengarahkan saya pergi ke tempat scan.

Seorang doktor lelaki mula bising tengok anak-anak saya dalam bilik rawatan. Doktor perempuan ini menjelaskan keadaan saya kepada doktor lelaki tersebut. Muka doktor lelaki tersebuat sangat tak puas hati, dia sangat tak puas hati kenapa peritiwa tersebut bolaeh terjadi terhadap saya.
"Susahlah kalau semua macam ni, ko pegi cepat2 scan dia" katanya kepada doktor perempuan itu. Doktor perempuan itu jelas kemerahan mukanya, saya cuma senyum dan menyalurkan telepathy "Doktor tabahlah!" kemudian doktor tersebut tersenyum.

Dia scan dan menulis laporan, "Saya akan refer puan kepada gyne . Proses ini akan ambil masa yang lama. Puan dah makan ke?" Kan lain cara percakapan doktor perempuan???

Saya ambil ambil peluang masa menunggu untuk pergi solat dan membawa Iman dan Fitri makan..dan tentunya beli belon sekali. Saya beli 3 belon, satu untuk lelaki India yang saya tak tanya siapa namanya, yang saya tak ucapkan lagi terima kasih...dan yang dah saya bagi dia kereta saya!!!

Ya Allah, aku serahkan urusanku kepadaMU.

Menjelang pukul 4, telefon saya berdering, doktor perempuan tadi menelifon telepon bimbit saya. Saya diminta masuk untuk dibawa ke klinik OnG. Apabila misi yang nak bawa saya ke OnG datang, doktor perempuan ini dengan baik hati menjelaskan saya datang seorang dan suami saya berada di Melaka pada masa ini. Misi tersebut bertanya adakah saya ingin menggunakan kerusi roda, saya katakan tidak perlu kerana saya perlu pimpin Iman dan Fitri.

Di OnG saya bertemu dengan seorang doktor perempuan India berbadan besar. Untung dia masih perempuan...namun rupanya sangat menakutkan. Lebih-lebih dia akan buat viginal scan. Allah...mudahkan urusanku.

Sungguhpun badan doktor perempuan ini sungguh besar, rupanya tidak comel sangat namun bahanya sangat lembut, tangannya sangat lembut...saya lansung tidak sakit.

Setelah pemeriksaan saya diberi appoinmen untuk scan semula pada 4 hb Jun nanti.

Setelah saya bertemu dengan dua doktor perempuan yang cuba merawat saya, segala kesakitan saya hilang. Saya rasa sihat semula.

Saya telefon lelaki India tadi. Masa dalam kereta dalam keadaan sihat nilah baru saya berkenalan dengan lelaki India yang menolong saya tadi. Ok dia lelaki. Bukan saya bias terhadap doktor lelaki, namun saya terlalu bayak kenangan tak indah dengan doktor lelaki.