Kenapa agaknya anakku yang seorang ini lain dari yang lain?
Ibu, yang ni "Limited Edition"..memang lain dari yang lain. Bersyukurlah kerana di kurniakan anak limited edition ni kerana
1) Customised
Tanyalah kedai mana-mana pun, customised satu barangan mesti memerlukan kos tambahan. Namun kita dapat secara percuma sahaja. Janganlah berkira jika terpaksa melebihkan peruntukan untuk 'maintenance' benda yang customed made orang kata. Soalnya, kenapa tiba-tiba yang ini seorang customised pula? Itulah kasih sayang Allah untuk kita.
2) Learning Aided Tool
Bayangkan ibu memang dah ada rutin yang tetap, untuk semua anak ibu macam inilah manual kerjanya. Percayalah, pengalaman ibu tidak meningkat. Pengetahuan ibu pun tak bertambah. Untuk menambah pengetahuan ibu, maka Allah memberikan alat bantuan untuk ibu belajar menjadi lebih bijak, lebih pandai dan lebih hebat.
3) Rare
Anak ibu memang "rare". Orang lain memang tak ada yang macam tu. Ibu bertuah! Sangat bertuah.
4) Manfaat Syurga
Allah tahu ibu mahu masuk syurga. Menjaga anak yang limited edition memberi peluang ibu dapat masuk syurga dengan lebih mudah.
5) Hiburan.
Anak limited edition ni lain dari yang lain. Penuh dengan segala akal yang lain dari orang lain. Senyumlah ibu!
Hargai anak limited edition anda!
No comments:
Post a Comment