Friday, 12 June 2015

6 jawapan untuk anak kurus

Bosan dengan soalan "Kenapa kurus sangat budak ni?"??? Soalan seterusnya akan berkait dengan ketakmampuan anda sebagai ibu bela anak, beri anak makan.

Proses anak semakin kurus berlaku menjelang usia lapan kerana bayi semakin aktif bergerak dan semakin banyak meneroka. Menjelang 12 bulan berat bayi semakin kurang meningkat.

Pada waktu inilah ada ibu yang kurang sabar mula memberikan makanan tambahan dan sebagainya. alasan nak bagi anak sihat. Berhati-hati. Barangan yang diproses terutamanya banyak mendatangkna risiko terhadap anak. Anak berusia setahun selalunya sudah faham erti lapar..mereka akan makan jika mereka lapar, dan jika tidak berasa lapar mereka tidak makan.

Memiliki anak yang tak mencapai graf KKM mmg sering menjadi kerisauan. Walaupun sumber asal graf tumbesaran itu adalah dari NCHS, namun kita seperti wajib pula nak ikut graf tumbesaran anak-anak Amerika tu.

Jangan tertekan ibu, mungkin ada beberapa jawapan boleh diberikan jika persoalan tentang anak anak kecil dan kurus diutarakan


  1. She/ he is mine, not your ( sangat bagus jika digunakan jika anda bersaiz 6 dan si penanya bersaiz 8 keatas)
  2. Keturunan saya memang kurus-kurus
  3. Saya dah merasa derita membesar dan hidup sebagai seorang gemuk, jadi saya berdoa anak saya tidak mengalami nasib yang sama, alhamdulillah Allah makbulkan doa saya.
  4. Masa saya mengandung dulu, saya suka sangat tgk misi/doktor, kecil comel...skg ni anak saya dh menurun pula.
  5. Allah tahu saya tak kuat untuk dukung anak yang gemuk.
  6. Anak saya jenis jimat belanja, baju tak perlu tukar saiz setiap minggu.



No comments:

Post a Comment